Categories
GLOBAL

Sydney paling panas sejak 1939

OLEH SHEEDA FATHIL

SYDNEY, 8 JAN: Bandar ikonik Australia, Sydney dilanda cuaca paling panas hari ini sejak 1939.

Menurut BBC, suhu di kawasan terbabit mencecah 47.3 darjah celcius, tertinggi dalam tempoh 79 tahun dan disahkan Jabatan Meteorologi Sydney.

Ekoran itu, beberapa perlawanan sukan terhenti antaranya tenis dan kriket.

Malah, pemain tenis Perancis, Kristina Mladenovic terpaksa menyerah kalah dengan atlet Australia Ellen Perez ekoran cuaca terlalu panas itu.

“Saya minta maaf dan saya rasa ini kali pertama saya menyerah kalah sebab cuaca,” kata Kristina di laman Twitternya.

Sementara itu, kerajaan tempatan sudah mengeluarkan amaran kebakaran dan mengharamkan sebarang aktiviti membabitkan pembakaran buat sementara waktu.

Semalam, beberapa kebakaran kecil yang dilaporkan berlaku di Victoria dan South Australia berjaya dikawal sepenuhnya.