Categories
NASIONAL

Segamat pula dilanda banjir

SHAH ALAM, 8 JAN: Sebuah pusat pemindahan dibuka di Segamat, Johor Bahru pagi ini, membabitkan pemindahan tujuh mangsa dari dua keluarga, sehingga jam 9 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, dua pusat masih dibuka menempatkan 17 mangsa dari enam keluarga di Segamat, berbanding 10 mangsa dari empat keluarga, malam tadi.

Katanya, satu pusat pemindahan baharu dibuka, pada jam 8.30 pagi tadi di Sekolah Agama Kuala Paya, Segamat, ekoran banjir di Kampung Kuala Paya.

“Sekolah Agama Kuala Paya dibuka pagi ni berikutan paras air Sungai Muar, Buloh Kasap, mencatatkan peningkatan iaitu 8.90 meter, berbanding 8.88 meter pada bacaan terdahulu.

“Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Balai Badang, Segamat, tiada perubahan direkodkan dan masih kekal menempatkan seramai 10 mangsa daripada empat keluarga,” katanya lapor BHOnline.

Ayub berkata, cuaca ketika ini mendung dan agensi berkaitan memantau secara berterusan.