Categories
SELANGOR

G Gunaraj menang selesa di Sentosa

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 10 MEI: Calon muka baru Pakatan Harapan (PAKATAN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa N48, G Gunaraj menang bergaya dengan majoriti sebanyak 33,600 undi.

Gunaraj memperoleh 38,106 undi, sekali gus mengalahkan empat calon lain iaitu Barisan Nasional (BN), Dato’ R S Maniam; Parti Islam Se Malaysia (PAS); Rajan Manikesavan, Parti Rakyat Malaysia (PRM), M.Thilai dan Bebas, PS Rajoo.

BN memperoleh 4,506 undi, PAS (1,722), Bebas (95) dan PRM (79).

Gunaraj ketika ditemui berkata, beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada masyarakat yang menyokongnya.

“Saya akan berusaha ke arah yang lebih baik lagi untuk masa depan, Sentosa dan Selangor.” katanya

Beliau terharu melihat kesungguhan orang ramai yang keluar awal dan sepakat memastikan masa depan generasi akan datang lebih terjamin.