Categories
PBT SELANGOR

MPS terima lebihan pendapatan RM39.17 juta

OLEH NADIAH ZAMLUS

SELAYANG, 10 JULAI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memperolehi lebihan kutipan pendapatan RM39.17 juta, pada tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Suliman Abd Rahman berkata, pihaknya memperoleh kutipan hasil RM201.41 juta, berbanding agaran hasil RM162.24 juta.

Katanya, kejayaan itu hasil usaha pengurusan dan semua kakitangan, termasuk ahli majlis.

“Ekoran komitmen baik ini, semua kakitangan sudah menerima ganjaran RM1,000 setiap seorang,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPS 2018, di Menara MPS pagi tadi.

Pada masa sama, Suliman berkata, MPS juga menjadi Pihak Berkuasa Tempatan pertama menerima pengiktirafan MS ISO 9001:2015 daripada SIRIM.

Katanya, Ketua Audit Negara juga menganugerakan Sijil Bersih Penyata Kewangan selama 13 tahun berturut-turut kepada MPS.

“Sepanjang tahun lalu pelbagai kejayaan diperolehi, malah banyak pengalaman, cabaran dan dugaan ditempuhi.

“Kesungguhan semua jabatan dalam memastikan MPS berada pada tahap cemerlang membuahkan hasil,” katanya.