Categories
GLOBAL SELANGOR

Deligasi Selangor selamat tiba di Lombok, Indonesia

OLEH AFIX REDZUAN

LOMBOK, 16 DIS: Deligasi Selangor diketuai Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah menghadiri Forum Pelaburan Indonesia-Malaysia, dalam rangka kerja Merayakan Hari Ulang Tahun ke-60 Provinsi Nusa Tenggara Barat (NTB), di sini bermula hari ini hingga 19 Disember.

Lawatan deligasi turut disertai EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim; EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Bertemakan ‘Brindging Ways from Lombok to Selangor and the World’, forum itu dianjurkan Dinas Penanaman Modal PTSP dan Dinas Pariwisata NTB Indonesia dengan kerjasama Invest Selangor dan Tourism Selangor.

Deligasi Selangor yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok pada jam 9.00 malam tadi dijadualkan menginap di Kawasan Ekonomi Khusus Mandalika Resort sebelum menghadiri Jamuan Makan Malam di Private Novotel Lombok Resort and Villas, Pantai Putri Nyale, Kuta, di sini.

Pada 17 Disember, deligasi dijadualkan mengikuti acara Seramoni Perayaan Ulang Tahun ke-60 Provinsi NTB sebelum berkunjung ke lokasi wisata Mandalika Kawasan Ekonomi Khusus.

Sementara pada sebelah malam, deligasi dijadualkan menghadiri Jamuan Makan Malam bersama Gabenor NTB dan rangka Tasyakuran Hari Ulang Tahun ke 60 Provinsi NTB Gelar Budaya Melayu dan Lombok dalam Kolaborasi Tampilan ‘Unity in Diversity’.

Kemuncak majlis malam itu bakal menyaksikan Majlis Menandatangani ‘Letter of Intent’ (Lol) antara Dinas Pernanaman Modal PTSP Pvinsi NTB dan Inverst Selangor serta Dinas Kebudayaan dan Pariwisata NTB dan Tourism Selangor.

Pada 18 Disember pula, deligasi akan berkunjung ke Lokasi bencana Gempa di Kecamatan Pemenang, Kabupaten Lombok Utara (KLU) disambut Bupati Lombok Utara dan aparat Pemerintah Daerah KLU.

Deligasi kemudiannya dijadualkan menyeberang ke Pulau Gili Trawangan dalam rangka kerja mengunjungi Destinasi Wisata Terbaik Lombok di Kepulauan Tiga Gili iaitu Gili Trawangan, Gili Meno da Gili Air.

Pada sebelah malamnya, berlangsungnya Majlis Menandatangani LoI Sister City antara Mataram dan Shah Alam seusai Majlis Jamuan Makan Malam bersama Walikota Mataran di Gili Trawangan.

Hari terakhir kunjungan, deligasi dijadual menghadiri Forum Pelaburan Malaysia-Indonesia yang akan menyaksikan perbincangan meja bulat antara Pemerintah Provinsi NTB dan Kerajaan Selangor.

Turut berlangsung, Business Matching antara Pengusana Malaysia-Indonesia di bidang industri Pariwisata (hotel & tour), Kuliner (restoran) dan Agrikultur (industri pengolah hasil pertanian dan perkebunaan) serta Industri kecil dan sederhana (kraftangan & home kraf).

Acara hari terakhir diteruskan dengan Majlis Menandatangani Lol antara Dewan Perdagangan Islam Malaysia-Selangor dan Dinas Penanaman Modal PTSP Provinsi NTB.