Categories
GLOBAL NASIONAL

Samsung Galaxy Buds bakal saingi AirPods

SEOUL, 7 MAC: Fon telinga tanpa wayar keluaran Samsung Electronics Co akan berada di pasaran semasa pelancaran telefon pintar baharu, Galaxy S10, lapor agensi berita Yonhap.

Galaxy Buds atau Ear Buds akan berada di pasaran bersama Galaxy S10, pada Jumaat.

Earbuds bakal menyaingi AirPods Apple, aksesori paling popular di Amerika Syarikat.

Earbuds berupaya memainkan muzik sehingga enam jam dan menyambung panggilan telefon untuk tempoh lima jam.

Sistem bunyian dihasilkan AKG, pengeluar peralatan audio terkenal milik Samsung.

Dijual dengan harga 159,500 won (AS$141.50) di pasaran tempatan dengan tiga variasi warna hitam, putih atau kuning. -BERNAMA