Categories
EKONOMI

KPS lulus dividen tahunan peringkat tunggal 4.25sen sesaham

OLEH SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 23 MEI: Syarikat pegangan pelaburan, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (Perangsang Selangor) meluluskan dividen tahunan peringkat tunggal sebanyak 4.25sen sesaham berjumlah RM22.8 juta bagi tahun berakhir tahun 2018.

Manakala, dividen akhir bakal dibayar pada 19 Julai ini, kepada pemegang saham yang berdaftar dalam Rekod Pendeposit bagi penutupan perniagaan pada 28 Jun.

Pengarah Urusannya, Ahmad Fariz Hassan berkata, sejak Pelan Transformasi Perniagaan (BTP) dilancarkan pada 2016, kumpulan mengalami transformasi positif dan ini terbukti dengan Pulangan Pemegang Saham (TSR) yang mantap menyumbang terutamanya daripada pengagihan dividen yang stabil.

“TSR pada hari ini adalah 44 peratus, mengatasi KLCI 37 peratus.

“Sebagai tambahan kepada repositioning jenama Perangsang Selangor, BTP menyediakan Syarikat untuk masa depan dan menangani dinamik perolehan baru hasil daripada pelupusan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH)”, katanya.

Pada masa sama, Perangsang Selangor menunjukkan komitmennya untuk penciptaan nilai pemegang saham jangka panjang dengan mengambil langkah strategik untuk merebut potensi pertumbuhan untuk pengembangan perniagaan yang mapan.