Categories
AGENDA NASIONAL

Peniaga dilarang jual belon helium di Putrajaya

SHAH ALAM, 28 OGOS: Perbadanan Putrajaya mengingatkan peniaga supaya tidak menjual belon helium di Dataran Putrajaya, Presint 3 yang bakal menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2019, pada 31 Ogos ini.

Unit Pengurusan Acara Bahagian Komunikasi Korporatnya dalam kenyataan memaklumkan, atas faktor keselamatan, orang ramai juga tidak dibenarkan membawa belon udara berkenaan.

Katanya, larangan itu termasuk semasa hari raptai penuh, pada 29 Ogos ini (esok).

“Larangan ini bagi memastikan kelancaran acara dan keselamatan ruang udara di Putrajaya yang akan digunakan pesawat udara, pada hari terbabit.

“Kerjasama semua amat diharapkan bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2019 dilaksanakan dengan jayanya,” katanya.