Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air hampir pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 25 DIS: Bekalan air di semua kawasan terjejas pulih 98.4 peratus sehingga 6 pagi ini, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Abdul Halem Mat Som dalam kenyataan berkata Petaling mencatatkan pemulihan 97.3 peratus, Sepang dan Putrajaya (99.1%), Hulu Langat (98.8%) dan Kuala Langat (100%).

“Walaupun bekalan air semakin pulih di hampir semua kawasan, namun Air Selangor masih menggerakkan bantuan kecemasan seperti lori tangki, PKS dan pili pili awam sehingga keseluruhan kawasan pulih sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan air boleh
merujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram atau layari www.airselangor.com.