Categories
EXCO SELANGOR

Cadang gantung lesen pengusaha guna penyedut minuman plastik

BANGI, 13 JAN: Kerajaan Negeri bercadang melaksanakan penggantungan lesen perniagaan kepada pengusaha premis makanan yang masih menggunakan penyedut minuman plastik, katan EXCO alam sekitar teknologi hijau hal ehwal pengguna sains teknologi dan inovasi.

Hee Loy Sian berkata tindakan menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya dijalankan dijangka mengenakan penggantungan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan bagi memberi kesedaran kepada mereka berhubung kesan bahaya penggunaan bahan berkaitan.

“Banyak kaedah sudah dilaksana Kerajaan Negeri namun masih ada pengusaha yang ingkar maka kita bercadang mahu menggantung lesen perniagaan selain mempergiatkan promosi kempen larangannya di premis makanan seluruh Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program ICT Boot Camp Selangor 2019 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di sini hari ini.

Pada 1 Julai lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebulat suara memutuskan semua premis makanan di Selangor dilarang menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan.

Premis juga tidak dibenar menyediakan bahan terbabit di kaunter.