Categories
PBT SELANGOR

Festival Pantai Bagan Lalang pikat pengunjung antarabangsa

SHAH ALAM, 6 JAN: Majlis Perbandaran Sepang (MpSepang) menganjurkan Festival Pantai Bagan Lalang termasuk silat dalam program antarabangsanya tahun ini.

Menyasarkan lima juta pelancong tahun ini, Yang Dipertuanya berkata Larian Tahun Melawat Sepang 2020, penyusuran Sungai Sepang Besar dan perlumbaan di Sepang International Circuit turut diadakan.

“Salah satu cara menarik pelancong luar adalah melalui acara antarabangsa seperti Festival Pantai Bagan Lalang yang akan berlangsung dari 15 hingga 16 Ogos ini.

“MPSepang turut mengambil bahagian dalam Internationale Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman untuk menarik pengunjung dari Eropah dan membuat promosi sama di Singapura, China, Jepun, Korea Selatan dan Australia,” kata Mohd Fauzi Mohd Yatim yang menyasarkan pendapatan RM5  bilion.

Antara aktiviti lain dianjurkan adalah:

– Festival Buah Naga (20 Jun)
– Rumah inap Banghuris
– Bukit Bangkong, Hulu Chuchuh and Hulu Teris (menoreh getah, memetik buah, memancing)