Categories
AGENDA NASIONAL

Gempa bumi di Turki dipantau, tiada rakyat Malaysia cedera

PUTRAJAYA, 26 JAN: Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (MOFA) masih terus memantau setiap perkembangan yang berlaku susulan gempa bumi bermagnitud 6.7 yang melanda Wilayah Elaziq dan Malatya, Turki pada 24 Januari.

MOFA dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, tidak terdapat laporan menyatakan bahawa gempa bumi itu melibatkan rakyat Malaysia.

Menurut kementerian itu lagi, epicenter gempa bumi itu dikesan berlaku kira-kira 565 km dari Ankara.

Menurut pihak berkuasa tempatan, gempa bumi itu setakat ini meragut 29 nyawa dan lebih 1,200 orang cedera.

“Kementerian ingin menyampaikan salam takziah kepada kerajaan dan rakyat Turki, terutama mereka yang terjejas oleh gempa bumi itu.

“Kami tetap bersama-sama rakyat Turki pada waktu kesukaran ini. Ingatan dan doa kami hulurkan kepada kaum keluarga mangsa gempa bumi yang dahsyat itu,” menurut kenyataan itu lagi.

Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diminta menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara menerusi maklumat di bawah:

KEDUTAAN MALAYSIA
Koza Sokak No.56, Gaziosmanpasa
Cankaya 06700 Ankara, Republic of Turkey
Telephone: +(90) 312 4463547/ 48
Fax: +(90) 312 4464130
E-mail: [email protected]

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI
03-8887 4530
03-8887 4570 (selepas waktu pejabat)

– BERNAMA