Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Lebih 760 dijangkiti, tujuh kematian di Korea Selatan

SEOUL, 24 FEB: Jumlah yang dijangkiti Covid-19 meningkat kepada 763 orang di Korea Selatan, dengan tujuh kematian dicatatkan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Menurut agensi berita Sputnik, KCDC menyenaraikan 161 kes baharu dalam laporan yang dikeluarkan pada Isnin, 18 lagi pesakit pulih.

Seramai 8,720 sedang menjalani ujian untuk mengesan sebarang jangkitan.

Berikutan perkembangan terbaru itu Korea Selatan meningkatkan tahap amaran kepada “Tahap Merah”.

– BERNAMA