Categories
AGENSI SELANGOR

Maqis Selangor rampas lebih 5,000kg cendawan tiram dari Korea

SHAH ALAM, 24 FEB: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 5,408 kilogram cendawan tiram dari Korea dianggarkan bernilai RM76,535.60 dalam pemeriksaan rutin pada 20 Februari lalu.

Pengarahnya Dr Tarmisal Alimin berkata tindakan susulan pengimport gagal mematuhi syarat pelabelan, pembungkusan serta penggredan (3P), lapor Sinar Harian.

“Rampasan dibuat bagi memastikan setiap keluaran pertanian bebas perosak dan penyakit, bahan cemar serta mematuhi syarat yang ditetapkan,”katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan pelaku boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua–duanya sekali jika disabitkan.