Categories
SELANGOR

Tiada kes koronavirus di Sabak Bernam

SHAH ALAM, 10 FEB: Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam tidak menerima sebarang laporan jangkitan koronavirus 2019 di daerah itu seperti yang tular di media sosial, kata ahli lembaga pelawatnya semalam.

Mohammad Haris Baharudin berkata perkara itu disahkan pengarah hospital berkenaan, lapor Sinar Harian.

“Sehingga kini hospital dan klinik kesihatan di daerah ini tidak menerima laporan pesakit yang terkena jangkitan koronavirus,” katanya yang turut menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan perkara tidak benar.

Sebelum itu timbul dakwaan seorang individu dari Sekinchan yang baru pulang dari Vietnam dijangkiti penyakit tersebut namun gejala dialami beliau bukan wabak koronavirus 2019.