Categories
SELANGOR

iRun Bukit Malawati Fun Run ditangguh

SHAH ALAM, 19 MAC: Program iRun Bukit Malawati Fun Run di Dataran Malawati Kuala Selangor yang dijadual berlangsung pada 4 April ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklum kemudian.

iRun Malaysia memaklumkan penangguhan itu berikutan wabak Covid-19 yang semakin berleluasa pada masa kini.

Sehubungan itu pihak penganjur mohon maaf dan sedia memulangkan bayaran pendaftaran jika ada peserta yang tidak dapat turut serta selepas pengumuman tarikh baharu dibuat.

“Kami komited memastikan keselamatan dan kesihatan peserta dalam apa jua keadaan,” maklum iRun Malaysia dalam kenyataan hari ini.