Categories
EXCO SELANGOR

EXCO: 82,694 daftar Selangor Xtiv Virtual

SHAH ALAM, 9 JUN: Program Selangor Xtiv Virtual 2020 terus mendapat sambutan apabila seramai 82,694 orang telah mendaftar sejak mula dilancarkan 4 Mei lalu.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Mohd Khairuddin Othman berkata Kerajaan Negeri terus komited untuk menyediakan aktiviti bermanfaat selaras dengan kehendak golongan muda masa kini.

“Tugas Kerajaan Selangor adalah mendokong minat rakyat dan menyediakan landasan untuk mereka,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Program julung kali diadakan ini membabitkan Selangor Xtiv Virtual e-Sport, Selangor Virtual Run dan Selangor Martial Art Xtiv dengan hadiah keseluruhan RM431,000.

Berlangsung sebanyak lapan fasa pertandingan ini berkahir pada 31 Disember 2020.

Sukan secara maya ini bagi menggalakkan masyarakat terutama belia bergiat aktif sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.