Categories
AGENDA NASIONAL

Norma baharu jadi rutin lawan Covid-19

SHAH ALAM, 7 JUN: Norma baharu seperti penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan perlu menjadi tabiat dan rutin harian masyarakat bagi mencegah penularan Covid-19.

“Ia (norma baharu) satu-satunya benteng melawan rebakan wabak,” kenyataan ringkas Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor di Twitter dipetik.

Pasukan yang diketuai mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut berkongsi angka kes harian Covid-19 di negeri ini iaitu 12, turun dua berbanding semalam.

Keseluruhannya, Selangor mencatatkan 1,965 kes Covid-19 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Malaysia merekodkan 19 kes baharu hari ini, keseluruhan 8,322 kes dan 39 pesakit lagi pulih. Jumlah kematian kekal 117 orang.