Categories
AGENSI SELANGOR

Bekalan air Gombak pulih 69 peratus

SHAH ALAM, 27 JULAI: Bekalan air di Gombak yang terjejas susulan paip pecah pulih 69 peratus setakat ini, maklum Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata lima kawasan yang masih terjejas ialah Saujana Melawati, Sunway Kayangan, Sunway Melawati, Ukay Prima dan 203 Melawati

“Air Selangor menjangka bekalan pulih sepenuhnya jam 6 petang ini. Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan melalui lori tangki digerakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Status pemulihan bekalan air dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui media sosial, aplikasi Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com

Semalam, sebanyak 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Melawati.

Senarai kawasan terjejas ialah:

1. Taman Melawati
2. Kemensah Residensi
3. Saujana Melawati
4. Sunway Kayangan
5. Sunway Melawati
6. Tiara Kemensah
7. Tropika Kemensah
8. Twin Palm Kemensah
9. Ukay Prima
10. Bukit Melawati
11. Nadayu Melawati
12. Amber Hill
13. Kampung Klang Gate
14. 203 Melawati
15. Zoo Negara
16. Kemensah Heights