Categories
AGENDA NASIONAL

Enam kes baharu Covid-19, semua warganegara

SHAH ALAM, 7 JULAI: Enam kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan semuanya membabitkan warganegara, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata empat kes import melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia, Rusia dan Singapura manakala dua penularan tempatan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kes tempatan dikesan ketika saringan tempat kerja. Pertambahan ini menjadikan keseluruhan sebanyak 8,674 kes dan 72 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, lima kes pulih dan dibenarkan keluar hospital. Jumlah pesakit sembuh sebanyak 8,481,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata dua pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian baharu direkodkan. Jumlah kematian kekal 121 kes iaitu 1.39 peratus dari jumlah keseluruhan,” katanya.