Categories
AGENDA NASIONAL

Jangan pakai pelitup muka bawah dagu – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 20 JULAI: Ketua pengarah kesihatan menasihatkan orang ramai tidak memakai pelitup muka di bawah dagu kerana cara tersebut boleh terdedah kepada jangkitan kuman pada mulut dan hidung.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jika melakukan aktiviti pada bahagian muka pengguna perlu menanggalkan terus alat tersebut.

“Pakai pelitup muka dengan betul atau tanggalkan terus,” katanya dalam catatan di Facebook semalam.

Catatan terbabit turut disertakan grafik dengan cara pemakaian pelitup muka yang salah.