Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB santuni penduduk Kuala Langat, ziarah warga emas

KUALA LANGAT, 25 JULAI: Dato’ Menteri Besar hari ini meluangkan masa bertemu rakyat sekitar Sijangkang sebelum menghadiri program Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di sini.

Dato’ Seri Amirudin Shari memulakan program beramah mesra dengan bersarapan bersama penduduk kemudian menziarahi warga emas yang terlantar sakit serta menghulurkan sumbangan.

Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa bersarapan pagi bersama pimpinan setempat di Restoran B Is, Kuala Langat pada 25 Julai 2020. Turut hadir dari sebelah kanan Dato’ Menteri Besar adalah Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar, Adun Morib Hasnul Baharuddin, Yang Dipertua Kuala Langat, Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim dan Adn Kota Anggerik Najwan Halimi. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Hari ini kebetulan ada program di Kuala Langat jadi saya ambil peluang datang awal bertemu rakyat.

“Secara tidak langsung saya boleh tahu isu daerah ini. Kuala Langat ini pesat membangun malah ada beberapa pelabur kilang kertas dari China sudah beroperasi di sini,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang.

Pada majlis berkenaan, Amirudin turut menyumbang 20 ekor lembu korban kepada Majlis Belia Selangor.