Categories
ADN SELANGOR

ADN Sentosa pelawa belia hadir sesi penerangan, daftar RiDE

SHAH ALAM, 21 OGOS: Golongan belia dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa dipelawa menghadiri sesi penerangan dan pendaftaran Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) pada esok.

Ahli Dewan Negerinya, G Gunarajah berkata program tersebut berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.30 petang di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa.

“Program ini anjuran bersama Majlis Sukan Negeri Selangor dan Pemuda DUN Sentosa. Ia terbuka kepada belia berumur 17 hingga 30 tahun.

“RiDE menawarkan subsidi lesen B2 bernilai RM350, subsidi kursus e-panggilan (RM200) dan caruman Perkeso setahun (RM70) kepada golongan belia,” katanya di Facebook semalam.

RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat lesen motosikal B2 dan menerima latihan khusus, selain membuka peluang pekerjaan dengan kerjasama syarikat e-panggilan.

Belanjawan 2020 memperuntukkan dana awal RM1 juta bagi pelaksanaan inisiatif itu dan ditambah RM1 juta lagi melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 pada 13 Julai lalu.