Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

MB gesa perbaharui visi sempena Awal Muharram

SHAH ALAM, 20 OGOS: Dato’ Menteri Besar menyeru seluruh umat Islam khususnya di Selangor untuk memperbaharui matlamat sempena tahun baharu Hijrah 1442.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kedatangan tahun baharu itu bukan sekadar disambut sebaliknya perlu disertai niat memajukan diri dan masyarakat.

“Muharram adalah bulan pertama kalendar Hijriah Islam dan bulan yang mulia iaitu banyak peristiwa bersejarah berlaku di dalamnya. Tidak cukup jika kita sekadar menyambut Awal Muharram 1442H tanpa visi untuk memajukan diri serta masyarakat.

“Saya mengajak semua untuk meraikan permulaan tahun Hijrah ini dengan memperbaharui visi serta tindakan kita, agar dibimbingNya dalam segala ikhtiar kita. Selamat Menyambut Awal Muharram 1442H,” katanya menerusi Facebook.