Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Sambutan luar jangka, 10,000 mohon RiDE

SHAH ALAM, 8 OGOS: Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) menerima 10,000 permohonan meskipun baharu dibuka pada 1 Ogos lalu, kata EXCO pembangunan generasi muda.

Tidak menyangka program tersebut menerima sambutan baik, Mohd Khairuddin Othman berkata peserta dipilih berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.

“Mereka (yang layak) akan mengikuti kursus kendalian Jabatan Pengangkutan Jalan, polis dan syarikat e-panggilan terlibat mengikut tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

RiDE menyasarkan 3,000 belia miskin bandar mendapat lesen dan menerima latihan khusus dengan peruntukan RM2 juta.

Pada 21 Julai lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program tersebut membuka peluang pekerjaan dengan kerjasama syarikat e-panggilan.