Categories
AGENDA NASIONAL

Air Selangor hentikan talian 1-800-88-5252 mulai 1 Disember

SHAH ALAM, 27 NOV: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) hari ini memaklumkan talian bebas tol
1-800-88-5252 tidak lagi digunakan bermula 1 Disember.

Ketua komunikasi korporatnya berkata pengguna boleh menghubungi talian 15300 yang beroperasi 24 jam untuk pertanyaan, cadangan dan aduan perkhidmatan bekalan air.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat terkini bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi seperti Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata informasi turut boleh diperolehi dengan memuat turun aplikasi Air Selangor di Google Play atau App Store atau layari pautan https://www.airselangor.com.