Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Klang catat 80 kes baharu Covid-19, kekal tertinggi di Selangor

SHAH ALAM, 30 NOV: Klang kekal daerah tertinggi kes Covid-19 di negeri ini selepas mencatatkan 80 kes baharu semalam.

Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) memaklumkan 44 kes dikesan di mukim Kapar sementara 36 di Klang termasuk satu dikesan daripada kluster baharu iaitu Kluster Yayasan.

“Hulu Langat pula mencatatkan 57 kes iaitu mukim Kajang (41), Ampang (sembilan), Cheras (empat) dan Semenyih (tiga).

“Manakala Petaling pula 39 kes dengan 29 daripadanya di Damansara, Bukit Raja (empat) serta Sungai Buloh dan mukim Petaling masing-masing tiga kes,” maklum agensi itu.

BGNS melaporkan daerah lain iaitu Gombak mencatatkan 31 kes diikuti Kuala Langat (16) dan Sepang (14).

Semalam, Selangor mencatatkan 238 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 13,533.