Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Orang ramai disaran jalani saringan di Klang esok

SHAH ALAM, 22 DIS: Kerajaan Negeri menggesa orang ramai khasnya di Klang menjalani ujian saringan Covid-19 yang akan dijalankan esok.

Dato’ Menteri Besar berkata program ujian bersasar komuniti bermula jam 9 pagi hingga 4 petang diadakan di Jalan Batu Unjur 3A, Taman Bayu Perdana.

“Orang ramai yang tinggal di beberapa lokasi khusus sekitar Klang disarankan untuk mengambil ujian saringan bersasar komuniti yang dijalankan Kerajaan Negeri.

“Segera daftar di laman sesawang SELangkah bagi melicinkan proses saringan. Ujian saringan ini adalah percuma,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Antara kawasan perumahan berhampiran ialah Taman Bayu Perdana, Prima Bayu Apartment, Bayu Villa Apartment, Bandar Bukit Tinggi dan Taman Sri Andalas.