Categories
AGENSI SELANGOR

KKM: Kes baharu Covid-19 di Selangor turun 706 kes

SHAH ALAM, 7 JAN: Kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 706 kes berbanding 965 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 64 kes melibatkan kluster baharu kluster Damai Pelangi dan kluster Tapak Bina Hartamas.

“Selain itu 168 kes daripada kluster sedia ada 332 kes daripada saringan kontak rapat dan 42 kes saringan lapangan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Malaysia mencatatkan 3,027 kes baharu Covid-19 hari ini, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Daripada jumlah itu, 3,021 kes membabitkan penularan tempatan dan enam jangkitan import.