Categories
EXCO SELANGOR

657 taska di Selangor terima kit pembasmi Covid-19

SHAH ALAM, 23 FEB: Sebanyak 657 taska di Selangor terima kit pembasmi Covid-19 bagi membendung penularan pandemik itu dalam kalangan kanak-kanak dan pengasuh.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata sejumlah RM699,426 diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk membantu mereka mendepani wabak pada masa ini.

“Kita harap sumbangan ini akan membuat pengusaha taska lebih bersedia untuk operasi dan terima kehadiran kanak-kanak walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya kepada SelangorKini.

Antara barangan di dalam kit itu ialah pelitup muka, pelindung muka, termometer, cecair pembasmi kuman, apron dan sarung tangan.

Sehingga semalam sebanyak 518 telah menerima kit tersebut manakala bakinya diagih secara pandu lalu di pekarangan Foyer Jubli Perak, Bangunan Sultan Idris Shah di sini hari ini.