Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Rebut peluang menang angpau Tahun Baharu Cina RM10,000 malam ini

SHAH ALAM, 12 FEB: Sambutan Tahun Baharu Cina 2021 peringkat negeri secara dalam talian malam ini menawarkan angpau berjumlah RM10,000 kepada penonton bertuah.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Buddha dan Tao Selangor berkata menerusi program Rebut Peluang Menang Angpau itu, sebanyak 310 pemberian berjumlah antara RM28 hingga RM168 ditawarkan.

“Cabutan angpau RM168 akan diadakan pada minit ke-15, 30, 45, 60 dan selepas siaran langsung tamat. Senarai pemenang diumum pada 15 Februari.

“Kempen ini hanya diadakan di Facebook saya serta Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari,” kata Dato Teng Chang Khim hari ini.

Malam ini, buat julung kali program itu diadakan dengan menampilkan 12 persembahan seperti nyanyian, tarian dan kebudayaan bermula jam 9 malam selain diselitkan ucapan dan mesej Amirudin serta ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Orang ramai boleh menonton di laman Facebook Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta di beberapa media elektronik.

Langkah penyertaan program Rebut Peluang Menang Angpau :

1. Saksikan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Selangor secara dalam talian pada 12 Februari, jam 9 malam dan kongsi di Facebook serta jadikan siaran umum

2. Tanda rakan dan keluarga anda sebanyak mungkin di ruangan komen, tulis ucapan selamat dan letak tanda pagar #alliwantforcnyisyou

Layari Facebook Teng Chang Khim dan linktr.ee/cnyselangor untuk maklumat lebih jelas.