Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 di Selangor turun kepada 353

SHAH ALAM, 18 MAC: Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini menurun kepada 353 kes berbanding 499 semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata 83 daripada jumlah itu berpunca dari kluster sedia ada termasuk empat menerusi kluster baharu.

“Selain itu, 189 lagi adalah hasil saringan kontak rapat kes positif, 79 pula lain-lain saringan dan dua mendapat jangkitan dari luar negara,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan sebanyak 289 kes sembuh hari ini dan jumlah keseluruhan pulih meningkat 108,217.

Katanya, tiada kematian dicatat menjadikan ia kekal dengan 316 manakala terdapat 2,017 kes aktif.