Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

MB ziarah bekas ADN Gombak Setia di Hospital Selayang

SHAH ALAM, 28 MAC: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menziarahi bekas Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan di Hospital Selayang hari ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari juga mendoakan mantan Timbalan Yang Dipertua Pas yang sedang menjalani rawatan di hospital berkenaan diberi kesembuhan segera.

“Menziarahi sahabat saya Ustaz Hasbullah Ridzwan mantan ADN Gombak Setia dan Timbalan YDP Pas Gombak yang sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang.

“Mendoakan semoga beliau diberi kesembuhan segera dan kesihatan yang baik, insya-Allah,” katanya di Facebook.

Hasbullah pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Selayang sebelum dilantik setiausaha PAS cawangan Kampung Nakhoda pada 1998 dan terakhir beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Batu Caves pada 2013.