Categories
AGENSI SELANGOR

Petaling, Hulu Langat catat lebih 200 kes Covid-19

SHAH ALAM, 9 MAC: Dua daerah mencatatkan kes baharu Covid-19 melebihi 200 kes iaitu Petaling (271) dan Hulu Langat (265).

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan rata-rata jangkitan itu berpunca daripada saringan kontak rapat dan saringan kluster.

“Daerah lain di bawah angka 100 pula adalah Gombak dengan 60 kes diikuti Klang (53), Kuala Langat (45), Ssepang (13) dan Hulu Selangor (enam),” katanya menerusi Facebook.

Selangor merekodkan 726 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 105,380 dengan 2,106 daripadanya kes aktif.