Categories
AGENDA NASIONAL

Agihan kerusi DUN Selangor diselesaikan secepat mungkin

SHAH ALAM, 7 APRIL: Pakatan Harapan (PAKATAN) Selangor dijangka memuktamadkan agihan kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada pertengahan bulan ini.

Pengerusinya berkata perbincangan bersama pimpinan DAP dan Amanah antara lain menumpukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini ditandingi PPBM.

“Kita cuba secepat mungkin, Insya-Allah minggu pertama Ramadan pembahagian kerusi dapat diselesaikan secara adil.

“Saya yakin Selangor kekal milik KEADILAN dengan mempertahankan majoriti selesa,” kata Dato’ Seri Amirudin pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan Utama KEADILAN di Seksyen 13 malam tadi.

Dato’ Menteri Besar berkata pihaknya yakin rakyat bijak menilai kemampuan KEADILAN yang menjadi teraju pentadbiran negeri ini.

“Perikatan Nasional (PN) sudah tidak cukup nyawa serta kehilangan sokongan, sebab itu mereka takut adakan sidang Parlimen,” katanya.