Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19 catat 1,285 kes baharu, empat kematian

SHAH ALAM, 8 APRIL: Sebanyak 1,285 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini, majoriti membabitkan warga tempatan.

Ketua pengarah kesihatan berkata Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 374 kes diikuti Sarawak (211) dan Pulau Pinang (162).

“Empat kematian turut dilapor iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak. Kesemua kes membabitkan warganegara,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Berikut perincian kes Covid-19 setakat hari ini:

Kes sembuh: 1,175 kes (340,242 kes kumulatif)
Kes baharu: 1,285 kes (355,753 kes kumulatif)
Kes import: 17 kes (8 warganegara, 9 bukan warganegara)
Kes tempatan: 1,268 kes (999 warganegara, 269 bukan warganegara)
Kes aktif: 14,203 kes
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi: 186 kes
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 81 kes
Kes kematian: 4 kes (1,308 kes kumulatif)

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak empat lagi kluster baharu dikenal pasti membabitkan tiga kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Kluster tempat kerja meliputi Jalan Taming di Selangor, Industri Parit Raja (Johor) dan Perusahaan Perai Tiga (Pulau Pinang) manakala kluster komuniti membabitkan Padang Manggis di Pahang.

Keseluruhannya sebanyak 1,435 kluster dilaporkan di seluruh negara sejak pandemik menular dengan 348 daripadanya masih aktif.