Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19 catat lebih 2,000 kes empat hari berturut-turut

SHAH ALAM, 18 APRIL: Jumlah kes baharu Covid-19 di seluruh negara melebihi angka 2,000 selama empat hari berturut-turut.

Terbaharu, sebanyak 2,195 kes dilaporkan dengan Sarawak mencatat jangkitan tertinggi iaitu 508 kes diikuti Selangor sebanyak 431 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Johor turut menunjukkan peningkatan iaitu 387 kes baharu, tertinggi sejak 5 Mac.

Sementara itu, sebanyak 1,427 kes sembuh dilaporkan dengan 219 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 90 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Lapan lagi kematian turut dilaporkan.

Berikut jumlah kes harian mengikut negeri:

  • Sarawak (508)
  • Selangor (431)
  • Johor (387)
  • Kelantan (332)
  • Kuala Lumpur (176)
  • Sabah (112)
  • Pulau Pinang (84)
  • Negeri Sembilan (42)
  • Perak (35)
  • Kedah (30)
  • Terengganu (16)
  • Pahang (15)
  • Melaka (15)
  • Labuan (6)
  • Putrajaya (3)
  • Perlis (3)

    Grafik Twitter KKMalaysia