Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

MB gesa umat Islam ikut panduan, SOP solat tarawih

SHAH ALAM, 12 APRIL: Dato’ Menteri Besar menyarankan umat Islam yang menunaikan solat tarawih di surau dan masjid sepanjang Ramadan ini supaya mengikut panduan ditetapkan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata individu juga harus mengamalkan kawalan kendiri demi kesejahteraan ummah.

“Solat tarawih dibenarkan di semua masjid dan surau. Pihak pengurusan dinasihatkan membaca surah pendek atau ayat lazim,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Menerusi hantaran sama, beliau turut berkongsi panduan tatacara operasi piawai (SOP) solat sunat tersebut tahun ini.

Antaranya mengambil wuduk dari rumah, membawa sejadah sendiri, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal serta tidak hadir jika kurang sihat.