Categories
PBT SELANGOR

MBSA jaya program elak pembaziran bazar Ramadan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Jabatan Sisa Pepejal Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjalankan program  menyelamatkan sisa makanan di tapak bazar Ramadan Seksyen 17 di sini bagi mengelak pembaziran.

Program Food Waste Management-Food Rescue bermula Ahad lalu hingga 1 Mei dijayakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) WWF Malaysia, Pemuda GEMA, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) serta Kelab Harmoni Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Program ini juga dapat mengurangkan sisa makanan yang dihantar terus ke tapak pelupusan,” katanya menerusi Facebook.

Jabatan memaklumkan sebanyak 42.1 kilogram lebihan makanan serta 16.4 liter air berjaya dikumpul pada hari pertama program.

“Hasil kutipan itu diedarkan kepada golongan memerlukan manakala sisa makanan pula akan dikomposkan,” katanya.