Categories
AGENSI BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Warga Selangor layak segera daftar SMUE, terima pelbagai manfaat

SHAH ALAM, 21 APRIL: Dato’ Menteri Besar meminta warga Selangor yang layak mendaftar Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk menikmati pelbagai manfaat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif tersebut ditambah baik menerusi sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 dan baucar Jom Shopping.

“Warga Selangor diminta segera layari http://e-mesra.yawas.my untuk maklumat menikmati manfaat ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Pada 30 Oktober tahun lepas, Amirudin mengumumkan bantuan khairat kematian yang diberhentikan pada Mei 2019 disambung semula.

Sejumlah RM7.5 juta disediakan bagi melayakkan waris berdaftar dengan Yawas menerima bantuan RM500.

Kerajaan Negeri juga menyediakan dana RM20 juta bagi melaksanakan program Jom Shopping SMUE.