Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 kembali cecah angka 4,000, Selangor kekal tertinggi

SHAH ALAM, 17 MEI: Kes baharu Covid-19 kembali mencecah angka 4,000 apabila merekodkan 4,446 kes hari ini berbanding 3,780 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook berkata daripada jumlah itu, Selangor kekal mencatat angka tertinggi iaitu 1,650 kes.

Ia diikuti Sarawak dengan 433 kes, Johor (391); Kelantan (343); Kuala Lumpur (297); Negeri Sembilan (243); Kedah (236); Perak (203) dan Terengganu (201).

Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan 159 kes; Pahang (139) Melaka (80); Sabah (60 kes) dan Putrajaya (11). Manakala Labuan dan Perlis tiada kes wabak.