Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian menurun sedikit, jumlah Selangor masih tinggi

SHAH ALAM, 19 JUN: Kes harian Covid-19 turun 529 kes kepada 5,911 kes berbanding semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Selain Selangor yang mencatatkan 2,111 kes, rekod Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan Neger Sembilan melaporkan 770 kes dan Sarawak 569 kes.

Johor pula merekodkan 498 kes, Kuala Lumpur (483), Perak (245), Kelantan (223) dan Kedah (204).

Berikut pecahan kes bagi negeri-negeri lain:

Sabah – 201
Labuan – 185
Pulau Pinang – 167
Melaka – 134
Terengganu – 62
Pahang – 56
Putrajaya – 3
Perlis – 0