Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah harian meningkat semula lebih 5,000 kes, Selangor sekitar 2,000

SHAH ALAM, 23 JUN: Jumlah kes harian Covid-19 di seluruh negara meningkat semula kepada 5,244 kes selepas dua hari berturut-turut merekodkan sekitar 4,000 kes.

Rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook menunjukkan Selangor merekodkan 2,001 kes, Negeri Sembilan (677), Sarawak (577) dan Kuala Lumpur (531).

Selain Johor merekodkan 282 kes, Pahang pula mencatatkan 245 kes dan Kedah (189).

Jumlah kes bagi negeri-negeri lain seperti berikut:

Melaka – 180
Pulau Pinang – 159
Sabah – 129
Kelantan – 81
Perak – 75
Labuan – 77
Terengganu – 27
Putrajaya – 13
Perlis – 1

Grafik dari Facebook KKM