Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 6,658 kes baharu, lebih 3,000 di Selangor

SHAH ALAM, 3 JULAI: Selangor catat jangkitan harian Covid-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas dengan 3,047 kes daripada 6,658 dicatat seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Negeri Sembilan catat 699 kes iaitu kedua tertinggi selepas Selangor diikuti Kuala Lumpur dengan 616 kes.

Berikut perincian kes mengikut negeri yang dikongsi Dr Noor Hisham di Facebook:

Johor : 414
Sarawak : 361
Melaka : 345
Sabah : 322
Pahang : 200
Kedah : 145
Pulau Pinang : 142
Labuan : 108
Perak : 101
Kelantan : 89
Terengganu : 51
Putrajaya : 16
Perlis : 2

Bermula hari ini lebih 30 mukim dalam lapan daerah di Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19.