Categories
AGENDA NASIONAL

20,897 kes baharu, empat negeri catat jangkitan lebih 2,000

SHAH ALAM, 31 OGOS: Sebanyak 20,897 jangkitan baharu Covid-19 dicatat dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh negara, maklum ketua pengarah kesihatan.

Data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan, empat negeri catat kes lebih dari 2,000 iaitu Selangor 4,371, Sabah (2,594), Sarawak (2,285) dan Johor (2,159).

Manakala empat negeri pula rekod kes lebih 1,000 dengan Kedah 1,942 kes, Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204) dan Kuala Lumpur 1,003 kes.

Angka jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Pahang – 798
Terengganu – 608
Melaka – 417
Negeri Sembilan – 215

Perlis – 64
Putrajaya – 25
Labuan – 1