Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan rekod jumlah tertinggi 24,599 kes, lima negeri lebih paras 2,000

SHAH ALAM, 26 OGOS: Negara merekod jumlah tertinggi 24,599 kes Covid-19 dengan lima negeri mencatatkan angka melebihi 2,000 kes termasuk Selangor.

Negeri itu mencatatkan sedikit kenaikan kepada 6,936 kes hari ini berbanding 6,325 semalam, menurut angka yang dikongsi ketua pengarah kesihatan.

Data yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan empat negeri mencatatkan jumlah besar jangkitan termasuk rekod tertinggi (*):

Sabah – 3,487*
Johor – 2,785*
Pulau Pinang – 2,078*
Sarawak – 2,024

Tiga negeri yang mencatat jumlah empat angka: Kedah dengan 1,538 kes, Kelantan (1,312) dan Perak (1,170).

Jumlah kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Kuala Lumpur – 881
Pahang – 690
Terengganu – 567
Negeri Sembilan – 526
Melaka – 515

Perlis – 67
Putrajaya – 20
Labuan – 3