SHAH ALAM, 27 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 menurun kepada 22,070 kes hari ini selepas melonjak ke paras tertinggi dengan 24,599 kes semalam.
Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, Selangor turut mencatat penurunan kira-kira 1,000 kes kepada 5,920 berbanding 6,936 kes semalam.
Angka di Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Sabah masih merekodkan jumlah besar jangkitan sebanyak 3,010 sementara Sarawak 2,224 kes.
Negeri dan wilayah lain yang mencatatkan kes empat angka: Kedah (2,072), Pulau Pinang (1,829), Johor (1,809), Kuala Lumpur (1,068) dan Kelantan (1,051).
Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:
Perak – 939
Pahang – 610
Melaka – 589
Terengganu – 488
Negeri Sembilan – 338
Perlis – 76
Putrajaya – 39
Labuan – 8