Categories
AGENDA NASIONAL

Kenaikan besar purata kes mingguan babit Kelantan, Sabah

SHAH ALAM, 19 OGOS: Beberapa negeri merekodkan peningkatan ketara purata kes mingguan antara 100 hingga 400 peratus dalam tempoh 30 hari mulai 17 Julai.

Mengikut data dikongsi Github dan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kelantan mencatatkan kenaikan 446 peratus dalam tempoh sebulan dari purata 225 kes pada Julai kepada 1,229 hari ini.

Selain Sabah yang mencatatkan peningkatan 266 peratus, tiga negeri lain yang merekodkan kadar peratusan sama ialah Pulau Pinang (245), Sarawak (216) dan Perak (208).

Kedah dan Johor masing-masing merekodkan kenaikan 166 dan 107 peratus, Kuala Lumpur 30 peratus manakala Selangor mencatatkan 27 peratus.

Penerangan lanjut dikongsikan dalam infografik berikut:

Jumlah jangkitan di seluruh negara terus meningkat kepada 22,948 kes hari ini dengan sembilan negeri mencatatkan angka lebih 1,000 kes.

Selain Selangor yang meningkat kepada 7,175 kes, Sabah dan Kedah masing-masing mencatat jumlah besar 2,583 dan 2,137 kes.

Enam negeri yang merekodkan jangkitan lebih 1,000 kes ialah Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229) dan Sarawak (1,206).