Categories
AGENDA NASIONAL

14,990 kes baharu Covid-19, Selangor kembali ke paras 2,000

SHAH ALAM, 22 SEPT: Sebanyak 14,990 kes baharu Covid-19 dicatat seluruh negara, menurun sedikit berbanding semalam, maklum ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jangkitan baharu di Selangor catat angka melebihi 2,000 dengan 2,414 kes.

Johor catat jumlah kes baharu kedua terbanyak dengan 1,880 kes diikuti Sarawak (1,712), Kelantan (1,573) dan Perak (1,490).

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Pulau Pinang – 1,224
Sabah – 1,199
Kedah – 1,007

Terengganu – 852
Pahang – 688
KL – 338
Melaka – 313

Negeri Sembilan – 170
Perlis – 97
Putrajaya – 30
Labuan – 3