Categories
EXCO SELANGOR

Pendaftaran pertandingan pidato industri halal dilanjut sehingga 27 Sept

SHAH ALAM, 20 SEPT: Pendaftaran pertandingan pidato anjuran Jawatankuasa Tetap Industri Halal Negeri Selangor dilanjutkan sehingga 27 September ini.

Pendaftaran pertandingan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor itu sebelum ini ditutup pada 17 September.

EXCO industri halal berkata pidato bertajuk Halalan Toyyiban: Memperkasa Ekonomi Ummah terbuka kepada dua kategori pertandingan iaitu peringkat diploma serta ijazah sarjana muda.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan penyertaan dibuka kepada dua peserta daripada setiap kategori dari setiap IPTA / IPTS di Selangor sahaja.

“Johan bagi setiap kategori akan memenangi RM3,000; tempat kedua RM2,000; tempat ketiga RM1,500 dan saguhati tempat keempat hingga 10 sebanyak RM100,” katanya menerusi Facebook.

Pelajar yang berminat boleh melengkapkan borang penyertaan di pautan https://forms.gle/JrjQWnG9PhhJrHq86 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia di talian 017-3353136 (Nurul).